Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.
Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.
Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.
Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Saya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.
Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. SAYA HANYA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda di Malaysia kerana lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti. Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.
Saya bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!
Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Kelihatan pasangan sedang ditemuduga oleh Naib Khadi Hj Shafie Kayem dan disamping majlis tersebut terdapat dua saksi nikah iaitu Hj Manaf Kayem dan Hj Ahmad Bin Abdul Kadir - Gambar ehsan Encik Shazril Khairy Mustaffa. Terima kasih.
Sijil Nikah dapat serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) dapat dalam tempoh satu jam.
Pengesahan Konsul Malaysia (Kedutaan Malaysia) di Songkhla siap pada hari yang sama.
Semua urusan beres dalam satu hari sahaja.
Semua Jurunikah yang bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia.
Semua dokumen pengesahan oleh Konsul Malaysia adalah sah dan boleh digunakan untuk mendaftar semula di Jabatan Agama Islam Malaysia.
Apakah kos yang terlibat dengan perkhidmatan ini?
Pakej lengkap termasuk:
Pengangkutan pergi dan balik dari Kangar ke Hatyai dan Songkhla sehingga selesai urusan pernikahan dan pengesahan dokumen.
Bayaran Perkhidmatan Jurunikah/Kadhi dan 2 orang saksi dan lain-lain yang berkaitan.
Bayaran Sijil Nikah, Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla, fotostat dokumen dan Surat Pengesahan dari Konsul Malaysia di Songkhla.
Bayaran kepada pihak-pihak yang terlibat dengan proses perkahwinan ini.
Tidak ada lain-lain kos tersembunyi yang perlu anda bayar. Semuanya lengkap dalam pakej yang disediakan.
Bagaimanakah proses ini dijalankan?
Bertolak dari Kangar (belakang CIMB) / Lapangan Terbang Alor Setar / Stesyen Keretapi Arau ke Bukit Kayu Hitam jam 8.00 pagi atau lebih awal. Atau bertolak dari Bukit Kayu Hitam/Dannok ke Pejabat Naib Kadhi di Thailand. Perjalanan mengambil masa 30 minit.
Sampai di Pekan Bukit Kayu Hitam dan Dannok – Urusan Pasport dan tukar wang Thailand Baht menambil masa 10 – 20 minit.
Bertolak ke Pejabat Kadhi untuk upacara akad nikah. Perjalanan mengambil masa 30 minit. Proses akad nikah mengambil masa antara 20 - 40 minit.
Bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) untuk mendapatkan surat pengesahan perkahwinan anda. Perjalanan mengambil masa antara 20 - 30 minit.
Proses/Urusan pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla dalam masa 10 – 20 minit.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla untuk pengesahan status perkahwinan anda. Dari MAIS mengambil masa antara 20 - 30 minit.
Proses/Urusan pengesahan di Pejabat Konsul Malaysia mengambil masa antara 30 minit - 1 jam.
Semua urusan dijangka selesai sebelum jam 1 tengahari atau sebelum 5.00 petang.
Bagaimanakah cara saya hendak menggunakan perkhidmatan ini?
Anda boleh email atau SMS kepada saya dengan memberitahu tarikh yang anda hendak berkahwin. Kebiasaannya 2 hari sebelum pergi ke Thailand kecuali bagi kes-kes kecemasan.
Bilakah saya perlu bayar untuk pakej perkhidmatan ini?
Anda TIDAK PERLU membayar apa-apa wang Deposit. Anda dikehendaki menjelaskan Bayaran tunai kepada saya semasa hendak bertolak ke Thailand.
Betulkah semua urusan siap dalam masa satu hari sahaja?
WANG ANDA AKAN DIKEMBALIKAN SEPENUHNYA SEKIRANYA URUSAN TIDAK SIAP DALAM SATU HARI SEPERTI YANG DIJANJIKAN (Sekiranya bertolak sebelum jam 9.00 pagi); KECUALI SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. INSYAALAH
Adakah keselamatan kami dilindungi apabila berada dinegeri Thailand?
Bagi memastikan keselamatan, penipuan dan dieksploitasi pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab di Thailand saya sendiri akan pergi bersama-sama mengiringi pasangan yang hendak berkahwin dari Kangar ke Thailand sehingga kita selamat kembali ke Kangar, Malaysia. Semoga Allah melindungi kita. InsyAllah.
Bolehkah saya mengetahui perkhidmatan ini dengan lebih lanjut lagi?
Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila perkenalkan diri anda, (nama dan sebagainya) negeri asal anda dan pasangan, status kedua pasangan, (belum kahwin atau sudah kahwin, bercerai dsb) latar belakang kes dan nombor telefon untuk dihubungi.MEREKA YANG TIDAK MENYERTAKAN NOMBOR TELEFON TIDAK AKAN DILAYAN
Sila emailkan kepada wanzarma@yahoo.com.my. InsyaAllah saya akan menghubungi anda semula dengan secepat mungkin.
Saya hanya akan melayani mereka yang memperkenalkan diri dan benar-benar serius sahaja.
BAGAIMANAKAH CARA DAN PROSEDURE HENDAK BERKAHWIN DI THAILAND?
Setelah anda membaca semua artikel dan maklumat dalam blog ini dan faham kandungannya serta berpuasa hati dengan latar belakang perkhidmatan ini, dan anda telah pun membuat keputusan yang muktamad hendak berkahwin di Thailand, maka langkah seterusnya anda perlu lakukan ialah:
PERTAMA:
Tetapkan tarikh anda hendak berkahwin dan maklumkan atau booking tarikh tersebut dengan SMS atau email. Tarikh tersebut akan direkod dan direserve kepada anda sehinggalah anda membatalkannya.
KEDUA:
Sediakan dokumen perjalanan yang sah seperti pasport antarabangsa atau border pass bagi kedua pasangan.
Sediakan kad pengenalan kedua pasangan (asal)
Sediakah duit Maskahwin dan wang saku dan sebagainya.
KETIGA:
Anda akan dijemput dari Stesyen Bas Ekspres Kangar/Stesyen Keretapi Arau/LapanganTerbang Alor Setar dan tiba sebelum jam 9.00 pagi pada tarikh kedatangan anda.
Bertolak ke Thailand untuk akad nikah dan pengesahan dokumen seterusnya.
KEEMPAT:
Selepas selesai semua urusan -- bertolak balik ke Bukit Kayu Hitam dan seterusnya ke Malaysia.
Sekiranya anda masih ragu-ragu berkenaan tauliah kadhi anda boleh telefon terus pejabat Majlis Agama Islam Songkhla. Anda boleh telefon bahagian Akademik dan Perhubungan Luar dan bertanya sendiri dengan Timbalan Yang Dipertua MAIS Wilayah Songkhla iaitu Tuan Haji Hashem Heman bin Saman atau Hj. Zakaria bin Saleh Telefon: 074-580707.
Anda boleh juga menhubungi Puan Rosminah Jemadi Pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla Telefon: 074-311062
MAKLUMAN
Memandangkan terlalu ramai responden yang menghantar e-mail kepada saya, saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab e-mail anda dalam tempoh segera.
Walau bagaimanapun semua e-mail anda akan saya teliti dan jawab pada kadar segera yang mungkin.
Diharap anda Bersabar.
Terima Kasih
DALAM DUNIA PERNIAGAAN INI BANYAK DUGAAN DAN SAINGAN. AWAS JIKA ADA ORANG YANG CUBA MEMBURUKKAN, MEMUTAR BELITKAN DAN MEMESONGKAN MAKLUMAT DAN PERKHIDMATAN YANG SAYA BERIKAN. DARI PEMERHATIAN SAYA ADA PIHAK-PIHAK YANG CUBA MENJATUHKAN SAYA KERANA IRI HATI TERHADAP KECEKAPAN DAN KETULINAN PERKHIDMATAN YANG DIBERI DENGAN HARGA PALING MURAH YANG MEREKA TIDAK MAMPU TAWARKAN, DAN PAKEJ YANG MEREKA KENDALIKAN TIDAK LENGKAP DAN TIDAK SEMPURNA, SERTA TEMPOH SIAP SEMUA DOKUMEN TIDAK BOLEH BERES DALAM SATU HARI SEPERTI YANG SAYA TAWARKAN
Fikir dan buatlah keputusan sendiri yang mana yang terbaik bagi anda!
Saya menguruskan pakej perkahwinan bagi pasangan yang hendak berkahwin di Thailand. Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan saya, anda boleh menghubungi saya. Semua urusan ditangung beres dalam satu hari sahaja. Kos perkhidmatan adalah termurah dan berpatutan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Mengaturkan Urusan Akad Nikah Pasangan Islam, Menguruskan Pengesahan Sijil Nikah Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Pernikaan Oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand. Menguruskan Perkara Yang Berkaitan Dengan Perceraian Bagi Merka Yang Berkahwin Di Thailand dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Cerai Dengan Pihak Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia Di Songkhla, Thailand.
Menguskan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Nikah Kahwin, Perceraian, Fasakh, Poligami dan Pendaftaran Nikah Kahwin Dengan Pihak-Pihak Yang Berkenaan.
SETELAH SELESAI ANDA AKAN MENDAPAT DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT:
1. Surat Akuan Nikah (Sijil Nikah). 2. Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla . 3. Surat Pengesahan Status Perkahwinan anda dari Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Semua dokumen yang diperakui sah oleh Konsul Malaysia adalah diiktiraf oleh pihakberkuasa Agama Islam di Malaysia dan boleh digunakan untuk mendaftar pernikahan anda di Malaysia.
CONTOH SIJIL NIKAH DAN SURAT PENGESAHAN KONSUL MALAYSIA
STESYEN BAS KANGAR STESYEN KERETAPI ARAU LAPANGAN TERBANG ALOR SETAR AIR ASIA LAPANGAN TERBANG ALOR STAR PEJABAT MAS LAPANGAN TERBANG ALOR STAR JABATAN IMIGERSEN KANGAR JABATAN IMIGERESEN BUKIT KAYU HITAM STESYEN TEKSI BUKIT KAYU HITAM STESYEN TEKSI PEKAN DANNOK
HOTEL BUDGET DI KANGAR
HOTEL BERHAMPIRAN PEJABAT SAYA:
(Berdekatan dengan KFC, The Store, Bank, Kedai Makan, Masjiddsb)
ZULAM HOMESTAY
TEL: 04-978 1125 / 012-492 1499 (AMNAH DIN)
SRI MAWARNI INN
TEL: 04-976 8121
KANGAR HOTEL (ATAS KFC)
TEL: 04-9767225
HOTEL SRI GARDEN
TEL: 04-977 3702
HOTEL FEDERAL
TEL: 04-976 6884
BAN CHEONG HOTEL
TEL: 04-9761184
HOTEL BERHAMPIRAN STESYEN BAS EKSPRESS:
(lebih kurang 600 meter dari Pejabat saya)
HOTEL MALAYSIA
TEL: 04-976 1366
URUSAN MELALUI WAKIL PERIBADI
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT TERUS KEPADA WAN MAKHDZAR BIN WAN MAHMUD DAN BUKAN KEPADA WAKIL.
SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNG-JAWAB SEKIRANYA ANDA MENYERAHKAN WANG ANDA KEPADA WAKIL DAN SEKIRANYA WANG TERSEBUT TIDAK SAMPAI KE TANGAN SAYA ATAU DITIPU OLEH WAKIL, URUSAN PERNIKAHAN ANDA KE THAILAND TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA TERUS (SMS ATAU EMAIL) BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT BAYARAN.
SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANYA BERLAKU APA-APA PERBALAHAN DIANTARA ANDA DAN WAKIL.
TUGAS WAKIL HANYALAH UNTUK MEMBERI PENERANGAN DAN MEMPERJELASKAN LAGI MAKLUMAT MENGENAI PERKHIDMATAN NIKAH KAHWIN INI.
No. Telefon : 014-741 4648 / 019-529 4949 No. Fax : 604-976 4686 Pejabat: 52 Medan Syed Alwi, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis website: http://wanzarma.blogspot.com http://wm-perkahwinan-pernikahan-thailand.blogspot.com email: wanzarma@yahoo.com.my
Mizi said...
Bernikah di Thai ini adalah merupakan penyelesaian terakhir bagi pasangan yang menghadapi masalah bernikah di Malaysia. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kes kahwin di Thailand.
i) Perkahwinan poligami: pasangan yang terlibat berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak mahkamah atau berhasrat untuk merahsiakannya daripada pengetahuan isteri sedia ada.
ii) Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh wali: sama ada perkahwinan itu melibatkan poligami atau wali tidak bersetuju dengan pasangan pilihan si anak.
Terdapat juga kes dimana pasangan bernikah di Malaysia, tetapi mempunyai sijil nikah Siam. Sekiranya pernikahan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya. Perkara ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Malaysia.
Tanpa surat pengesahan daripada Pejabat Konsulat, pasangan tersebut akan menghadapi masalah untuk meperakukan atau mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam di daerah mereka tinggal. Bila keadaan ini terjadi, akan menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku penceraian, sebagi contoh, isteri dan anak-anak hasil daripada pernikahan tersebut tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka. Dalam kata lain, mereka ini tidak dilindungi oleh Undang-undang keluarga Islam Negeri masing-masing.