Friday, December 25, 2009


NIKAH DI THAI MUDAH DAN MURAH
Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.


Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.
Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.


Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.
Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Saya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.


Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. SAYA HANYA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda di Malaysia kerana lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti. Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.

Saya bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!

Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh
Wan Makhdzar (Pak Wan)
No. Telefon :
014-741 4648 / 019-529 4949
No. Fax :
604-976 4686
Pejabat:
52 Medan Syed Alwi,
Jalan Penjara,
01000 Kangar, Perlis
website:
http://wanzarma.blogspot.com
http://wm-perkahwinan-pernikahan-thailand.blogspot.com
email:
wanzarma@yahoo.com.my
Mizi said...

Bernikah di Thai ini adalah merupakan penyelesaian terakhir bagi pasangan yang menghadapi masalah bernikah di Malaysia. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kes kahwin di Thailand.

i) Perkahwinan poligami: pasangan yang terlibat berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak mahkamah atau berhasrat untuk merahsiakannya daripada pengetahuan isteri sedia ada.

ii) Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh wali: sama ada perkahwinan itu melibatkan poligami atau wali tidak bersetuju dengan pasangan pilihan si anak.

Terdapat juga kes dimana pasangan bernikah di Malaysia, tetapi mempunyai sijil nikah Siam. Sekiranya pernikahan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya. Perkara ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Malaysia.

Tanpa surat pengesahan daripada Pejabat Konsulat, pasangan tersebut akan menghadapi masalah untuk meperakukan atau mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam di daerah mereka tinggal. Bila keadaan ini terjadi, akan menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku penceraian, sebagi contoh, isteri dan anak-anak hasil daripada pernikahan tersebut tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka. Dalam kata lain, mereka ini tidak dilindungi oleh Undang-undang keluarga Islam Negeri masing-masing.

Followers

PERKAHWINAN DAN PERNIKAHAN DI THAILAND ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO