Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.
Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.
Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.
Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Saya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.
Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. SAYA HANYA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda di Malaysia kerana lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti. Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.
Saya bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!
Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Saya menguruskan pakej perkahwinan bagi pasangan yang hendak berkahwin di Thailand. Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan saya, anda boleh menghubungi saya. Semua urusan ditangung beres dalam satu hari sahaja. Kos perkhidmatan adalah termurah dan berpatutan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Mengaturkan Urusan Akad Nikah Pasangan Islam, Menguruskan Pengesahan Sijil Nikah Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Pernikaan Oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand. Menguruskan Perkara Yang Berkaitan Dengan Perceraian Bagi Merka Yang Berkahwin Di Thailand dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Cerai Dengan Pihak Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia Di Songkhla, Thailand.
Menguskan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Nikah Kahwin, Perceraian, Fasakh, Poligami dan Pendaftaran Nikah Kahwin Dengan Pihak-Pihak Yang Berkenaan.
SETELAH SELESAI ANDA AKAN MENDAPAT DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT:
1. Surat Akuan Nikah (Sijil Nikah). 2. Surat Pengesahan Perkahwinan dari Majlis Agama Islam Songkhla . 3. Surat Pengesahan Status Perkahwinan anda dari Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla.
Semua dokumen yang diperakui sah oleh Konsul Malaysia adalah diiktiraf oleh pihakberkuasa Agama Islam di Malaysia dan boleh digunakan untuk mendaftar pernikahan anda di Malaysia.
CONTOH SIJIL NIKAH DAN SURAT PENGESAHAN KONSUL MALAYSIA
STESYEN BAS KANGAR STESYEN KERETAPI ARAU LAPANGAN TERBANG ALOR SETAR AIR ASIA LAPANGAN TERBANG ALOR STAR PEJABAT MAS LAPANGAN TERBANG ALOR STAR JABATAN IMIGERSEN KANGAR JABATAN IMIGERESEN BUKIT KAYU HITAM STESYEN TEKSI BUKIT KAYU HITAM STESYEN TEKSI PEKAN DANNOK
HOTEL BUDGET DI KANGAR
HOTEL BERHAMPIRAN PEJABAT SAYA:
(Berdekatan dengan KFC, The Store, Bank, Kedai Makan, Masjiddsb)
ZULAM HOMESTAY
TEL: 04-978 1125 / 012-492 1499 (AMNAH DIN)
SRI MAWARNI INN
TEL: 04-976 8121
KANGAR HOTEL (ATAS KFC)
TEL: 04-9767225
HOTEL SRI GARDEN
TEL: 04-977 3702
HOTEL FEDERAL
TEL: 04-976 6884
BAN CHEONG HOTEL
TEL: 04-9761184
HOTEL BERHAMPIRAN STESYEN BAS EKSPRESS:
(lebih kurang 600 meter dari Pejabat saya)
HOTEL MALAYSIA
TEL: 04-976 1366
URUSAN MELALUI WAKIL PERIBADI
SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA BAYARAN HENDAKLAH DIBUAT TERUS KEPADA WAN MAKHDZAR BIN WAN MAHMUD DAN BUKAN KEPADA WAKIL.
SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNG-JAWAB SEKIRANYA ANDA MENYERAHKAN WANG ANDA KEPADA WAKIL DAN SEKIRANYA WANG TERSEBUT TIDAK SAMPAI KE TANGAN SAYA ATAU DITIPU OLEH WAKIL, URUSAN PERNIKAHAN ANDA KE THAILAND TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA.
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA TERUS (SMS ATAU EMAIL) BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT BAYARAN.
SAYA TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANYA BERLAKU APA-APA PERBALAHAN DIANTARA ANDA DAN WAKIL.
TUGAS WAKIL HANYALAH UNTUK MEMBERI PENERANGAN DAN MEMPERJELASKAN LAGI MAKLUMAT MENGENAI PERKHIDMATAN NIKAH KAHWIN INI.
No. Telefon : 014-741 4648 / 019-529 4949 No. Fax : 604-976 4686 Pejabat: 52 Medan Syed Alwi, Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis website: http://wanzarma.blogspot.com http://wm-perkahwinan-pernikahan-thailand.blogspot.com email: wanzarma@yahoo.com.my
Mizi said...
Bernikah di Thai ini adalah merupakan penyelesaian terakhir bagi pasangan yang menghadapi masalah bernikah di Malaysia. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya kes kahwin di Thailand.
i) Perkahwinan poligami: pasangan yang terlibat berkemungkinan tidak mendapat kebenaran untuk berpoligami daripada pihak mahkamah atau berhasrat untuk merahsiakannya daripada pengetahuan isteri sedia ada.
ii) Perkahwinan yang tidak dipersetujui oleh wali: sama ada perkahwinan itu melibatkan poligami atau wali tidak bersetuju dengan pasangan pilihan si anak.
Terdapat juga kes dimana pasangan bernikah di Malaysia, tetapi mempunyai sijil nikah Siam. Sekiranya pernikahan itu dijalankan menggunakan wali yang diragui sah maka perkahwinan tersebut juga diragui kesahihannya. Jika dibuktikan perkahwinan itu tidak sah, maka perintah ‘farak’ iaitu pengasingan antara suami isteri terlibat akan dikeluarkan. Pasangan ini hanya akan disatukan semula melalui akad nikah baru yang pasti kesahihannya. Perkara ini adalah dibawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Malaysia.
Tanpa surat pengesahan daripada Pejabat Konsulat, pasangan tersebut akan menghadapi masalah untuk meperakukan atau mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam di daerah mereka tinggal. Bila keadaan ini terjadi, akan menyebabkan implikasi yang lebih buruk pada masa hadapan terutamanya jika berlaku penceraian, sebagi contoh, isteri dan anak-anak hasil daripada pernikahan tersebut tidak berhak menuntut sebarang hak daripada suaminya kerana tiada rekod pendaftaran perkahwinan antara mereka. Dalam kata lain, mereka ini tidak dilindungi oleh Undang-undang keluarga Islam Negeri masing-masing.